Kerjaya kelab Lautaro_Martínez

Kerjaya awal

Martínez mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Beliau telah menyertai Liniers dengan mempamerkan aksi cemerlang ketika beraksi di peringkat bawah-17 tahun.[1] Pada tahun 2013, beliau telah menjaringkan 13 gol dalam liga bawah-17 dan menjaringkan gol dalam aksi final piala domestik namun pasukannya tewas menerusi penentuan penalti kepada Rosario.[2][3]

Racing Club

Persembahan Martínez di peringkat remaja telah menarik perhatian jurulatih Racing Club, Fabio Radaelli yang telah mengikat beliau pada Januari 2014. Setelah menyertai Racing, Martínez mula mengalami kerinduan terhadap halaman kampungnya. Beliau seterusnya dipujuk oleh rakan sepasukannya, Braian Mansilla untuk terus kekal. Beliau seterusnya menjaringkan 53 gol di dalam 64 perlawanan untuk pasukan simpanan. Pada tahun 2015, satu rundingan antara Racing Club dan Real Madrid untuk menandantangani Martínez tetapi beliau sendiri memilih untuk kekal di Argentina. Bapa Martínez, Mario mendedahkan bahawa anaknya ingin kekal di Racing kerana beliau bersedia untuk meninggalkan kelab pada masa itu.[4] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam Primera División Argentina pada 1 November 2015 ketika menentang Crucero del Norte dengan menjadi pemain gantian kepada Diego Milito pada separuh masa kedua permainan.[5] Pada 17 April 2016, beliau telah dibuang padang buat pertama kali dalam kariernya dalam aksi menentang Argentinos. Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Racing ketika menentang Huracán pada November.

Berikutan kecederaan yang dialami oleh penyerang utama Lisandro López, Martínez diberi banyak peluang untuk beraksi bagi kempen 2016–17 dengan menjaringkan sembilan gol di dalam 23 perlawanan. [6] Pada musim berikutnya, beliau terus membarisi kesebelasan utama Racing pada awal musim. Pada Disember 2017, beliau menjalani ujian kesihatan bersama kelab La Liga, Atlético Madrid.[7] Dilaporkan Martínez telah bersetuju untuk ke Atlético Madrid tetapi Racing seterusnya mengumumkan Martínez telah menandantangani kontrak baru yang telah menambahkan klausa pelepasannya. Racing juga mengkritik tindakan kelab Sepanyol itu yang mengheret Martínez untuk menjalani ujian kesihatan tanpa menerima kebenaran dari Racing.[8] Dalam perlawanan yang terakhir bagi tahun 2017, beliau telah menjadi pemain terbaik perlawanan setelah menjaringkan satu gol dan menyumbang kepada satu gol dalam aksi menentang Gimnasia.[9] Pada 27 Februari, beliau menjaringkan hatrik keduanya pada musim itu ketika aksi sulungnya di Copa Libertadores dengan menentang wakil Brazil Cruzeiro yang berkesudahan Racing menang 4–2.[10]

Pada bulan yang sama, Martínez telah dikaitkan dengan perpindahan ke Itali iaitu kelab Inter Milan. Pada 5 Mei, Presiden Racing Club, Victor Blanco mengesahkan perpindahan tersebut berjalan dengan lancar. Blanco memberitahu Martínez akan menyertai Inter bagi menghadapi kempen 2018-19 tetapi beliau terus dipinjamkan ke Racing bagi menghabiskan kempen Copa Libertadores sehingga bulan Disember.[11][12]

Inter Milan

Martínez secara rasminya menyertai Inter Milan pada 4 Julai 2018 dengan perpindahan yang menelan kos bernilai €22.7 juta. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun.[13] Beliau melakukan penampilan sulungnya secara tidak rasmi dalam perlawanan persahabatan menentang Lugano.[14] Penampilan sulungnya di Serie A ketika menentang Sassuolo pada 19 Ogos dalam minggu pembukaan liga.[15] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Inter di Serie A ketika menentang Cagliari pada 29 September.[16]

Martínez menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan Eropah pada 14 Februari 2019 menerusi tendangan penalti sekali gus membantu Inter untuk meraih kemenangan ke atas Rapid Wien dalam perlawanan pertama pusingan ke-32 Liga Europa 2018–19.[17]

Rujukan

WikiPedia: Lautaro_Martínez http://www.elgrafico.com.ar/2017/05/10/C-22832-lau... http://afa.org.ar/9134/lista-de-convocados- http://www.afa.org.ar/7133/continua-la-preparacion... http://www.goal.com/en-gb/amp/news/revealed-every-... http://www.goal.com/en-sa/news/transfer-news-lauta... http://www.goal.com/en-us/news/could-lautaro-marti... http://www.goal.com/en-za/news/4563/main/2017/05/2... http://www.goal.com/en-za/news/4682/transfer-zone/... http://www.goal.com/en/news/11/transfer-zone/2017/... http://www.goal.com/en/news/icardi-cut-from-argent...